Aku cemburu melihat khusuknya mereka menadah tangan pada Tuhan,
aku cemburu melihat wajah mereka yang terpancar cahaya merindukan Tuhan,
aku cemburu melihat asyiknya mereka berbicara tentang cinta Tuhan,
sedang aku..?

kejora_kelam (via nurul-qalbi)

ALLAH,
tolong ya?
Tolong jagakan mereka untukku..
Kerna ku tahu,
Engkau Sebaik-baik Penjaga.

kejora_kelam (via nurul-qalbi)

ALLAH,
terimalah hati ini,
yang sentiasa leka setiap masa,
yang sentiasa alpa tiap ketika,
yang hanya mencari-Mu saat sedih pedih merantai jiwa..
Aku lupa..

kejora_kelam (via nurul-qalbi)

Hawa itu kadang keliru.
Mahu terus membisu, bimbang disalah tafsir.
Mahu berlaku jujur, terpalit segan.
Mahu menutur kata, bimbang hati dicemari.

Hawa itu kadang cemburu.
Melihat yang lain mendapat itu ini tika dirinya diketerbatasan mampu.

Hawa itu kadang buntu.
Mahu diceritakan, dia juga tidak tahu apa puncanya.

Hawa, hatinya sangat rapuh.
Jiwanya sangat sensitif.
Matanya mudah saja berkaca.
Kata mereka itu tanda lemah.
Itu semua adalah fitrah.

Bukan Hawa mahu mengundang simpati, tapi cukup untuk meluahkan rasa di hati.


(via amasyrah)

Saling memahami



Ya rab :’(



alfaroqiah:

Jom usaha istiqomah nak buang riak. Lillahi ta’ala! Lindungi hati kita. Selamat menjaga hati. Moga Allah redha. Ameen ya Rabb.


Ayuh!

pengejarcinta-nya:

"Muslimah itu, Terkadang gelak kuat tak henti-henti, Terkadang juga minum berdiri, Terkadang sebelum tidur terlupa baca doa dan ayat Kursi, Terkadang pakai stoking mula dari kaki kiri, Terkadang aci redah sarung kasut orang lain tanpa di sedari. Muslimah itu, Terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil senyum tayang gigi, Terkadang air matanya menitis laju tak terperi, Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun-bangun lagi, Terkadang rasa marah menguasai diri, Sampai rasa nak lempang orang tu laju-laju without mercy. Muslimah itu, Adalah manusia biasa, Yang tak lari dari segala bagai perasaan sebagai manusia, Yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba, Yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya, Yang tak lari dari buat khilaf salah dan dosa Kerana apa? Kerana dia juga manusia biasa. Apa-apa pun, Yang pastinya, Muslimah itu, Sentiasa bangkit bila terjatuh, Sentiasa cuba gembirakan orang lain walau hatinya sendiri remuk, Sentiasa cuba untuk improve diri, Dari semasa ke semasa tanpa henti, Walau terkadang dia tersungkur, Itu bukan kerana dia lemah, Tapi itu kerana dia cuba ambil masa untuk bangkit semula, Jadi kuat dari sebelumnya, Kerana dia berusaha, Untuk menjadi bidadari dunia, Dan juga di akhirat sana.” ———————————————————————————— Dan, akulah salah seorang daripada Muslimah itu..

Theme made by Max davis.